Monday, March 29, 2010

DESTINASI PILIHANKU

PULAU KAPAS

Pulau Kapas merupakah salah satu pulau yang terkenal di Terengganu. Ia adalah sebuah tempat percutian yang sangat indah.Pantainya yang cantik dan dihiasi dengan barisan pokok-pokok ru pasti memukau pandangan mata.

Pulau kapas terletak 4 batu nautika dari Jeti Marang. Pulau ini terdiri daripada dua buah pulau iaitu Pulau Gemia dan Pulau Kapas. Pengunjung boleh ke Pulau Kapas dengan menaiki bot di jeti Marang.




Jeti Pulau Kapas



kemudahan yang ada


Aktiviti di Pulau Kapas

Pengunjung-pengunjung boleh tinggal atau menyewa sama ada hotel, Chalet dan berkhemah.Antara kemudahan penginapan yang ada ialah Duta Puri Island Resort, Kapas Garden Resort, Kapas Beach Chalet,Kapas Island Resort dan Makcik Gemok Beach Resort.

Pulau Kapas tidak pernah sunyi dengan kunjungan para pengunjung sama ada dari dalam atau luar negara. Biasanya pada bulan July, Ogos dan cuti-cuti umum pengunjung pasti akan membanjiri destinasi pelancongan ini.

Pulau ini sangat terkenal dengan laut yang jernih, pantai yang memutih dan pokok-pokok ru di sepanjang pantai. Pengunjung boleh menikmati pemandangan dasar laut yang indah. Terdapat pelbagai jenis batu-batu karang, ikan-ikan dan penyu. Pengunjung boleh melakukan aktiviti berenang, menyelam, berkayak, memancing dan mencandat sotong.

Pulau Kapas merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk mereka yang ingin menenangkan fikiran,mencari ilham, merehatkan minda dari kebisingan kota dan menghabiskan cuti bersama-sama keluarga mahupun teman-teman.







TASIK KENYIR

Tasik Kenyir wujud lebih 20 tahun yang lalu merupakan destinasi pelancongan yang sangat berharga di Negeri Terengganu dan menjadi tapak Penjana Kuasa Hidro-Elektrik Sultan Mahmud. Tasik Kenyir terbentuk dari 15 batang sungai yang dipenuhi air dan mengandungi lebih kurang 340 buah pulau-pulau kecil.Ia turut dipilih sebagai pintu masuk ke Taman Negara. Dengan keluasan lebih dari 2,600 kilometer persegi, tasik buatan manusia ini, serta kawasan hutan simpan di sekelilingnya mempunyai keluasan yang lebih besar dari Singapura.
Pintu masuk utama ke Tasik Kenyir ialah Pengkalan Gawi di mana urusan penempahan bot pengangkutan dan tempat penginapan dapat dilakukan dengan mudah. Tasik Kenyir mempunyai lebih dari 10 jenis tempat penginapan yang berbeza, tidak termasuk tapak-tapak perkhemahan yang berhampiran kawasan air terjun dan sungai yang indah. Tempat penginapan mewah seperti Petang Island Resort, Musang Kenyir Resort dan Kenyir Sanctuary Resort menawarkan bilik yang selesa, makanan yang lazat serta lokasi yang sunyi keluarga yang bercuti, manakala rumah-bot seperti Bahtera Petang serta tapak perkhemahan pula adalah lebih sesuai untuk kumpulan muda-mudi serta kaki pancing yang sering ke sini.



Sekitar pemandangan di Tasik Kenyir

Terdapat beberapa jalur alternatif untuk ke Tasik Kenyir. Jika anda menggunakan kendaraan dari Kuala Lumpur,anda perlu mengikut jalan ke Ajil melalui jalan raya ke lebuhraya Jerengau – Jabor, kemudian menuju ke Kenyir. Selain itu, anda juga boleh menggunakan jalan pesisir pantai melalui Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan terus ke kawasan Tasik Kenyir.Alternatif lain anda boleh menggunakan jalan udara dengan pilihan Malaysia Airlines atau Air Asia. Penerbangan adalah setiap hari ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu dari Lapangan Terbang International Kuala Lumpur (KLIA). Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, anda boleh menggunakan teksi dan terus ke Tasik Kenyir. Tambang yang dikenakan adalah sekitar RM 60.00.
Tasik Kenyir bukan sahaja sekadar tasik air tawar dan aktiviti memancing tetapi Hutan Hujan Dara yang tebal di sekeliling tasik juga mengandungi pelbagai tarikan. Lebih dari 14 buah air terjun boleh ditemui di sekitar kawasan Tasik Kenyir dari air terjun yang menjunam dari kecerunan setinggi 500 kaki, hinggalah rangkaian air terjun rendah yang bersambung-sambung. Ada di antara air terjun ini yang boleh dikunjungi menerusi jalan sungai atau dengan merentas hutan tebal. Hutan hujan dara di sini dianggarkan berumur kira-kira 130 juta tahun dan mempunyai banyak trek laluan hutan yang menarik.
Sebelum empangan air dibina di sini, kawasan ini merupakan tempat tinggal gajah serta pelbagai jenis haiwan liar yang lain. Pengembara yang bertuah akan dapat melihat sebahagian dari haiwan-haiwan liar di sini. Walaupun haiwan seperti rusa, babi hutan dan monyet yang pemalu ini jarang kelihatan, namun jejak kaki binatang ini terdapat di merata tempat dan membuktikan kehadiran mereka di sini. Salah satu haiwan yang dapat membiak di sini ialah memerang sungai yang hidup dengan bekalan ikan yang banyak di sini. Haiwan mamalia yang nakal ini bermain, mandi dan berehat di tebing sungai tanpa mempedulikan pelawat yang memerhati mereka dari jauh. Untuk meneroka hutan di sini, pelawat disarankan menggunakan bantuan peneroka hutan yang berpengalaman kerana mereka dapat memastikan keselamatan pelawat dan mereka juga arif tentang tumbuhan serta haiwan yang terdapat di sini untuk dikongsi bersama.
Di Pulau Sah Kecil yang terletak kira-kira 8km dari Pengkalan Gawi terdapat satu lagi tarikan istimewa yang menanti kunjungan pelawat. Di Taman Herba, minuman serta ubat-ubatan herba yang baru dimasak oleh penyelidik atau ‘tukang ubat’ ditawarkan kepada pelawat yang ingin mencubanya. Lebih dari 200 spesis tumbuhan dan herba sedang diusahakan di sini termasuk herba Tongkat Ali yang popular yang dipercayai berupaya meningkatkan kecergasan dan tenaga batin.
Menurut seorang responden yang ditemubual iaitu Encik Baharuddin bin Ahmad dari Kuala Lumpur, beliau pernah bercuti bersama keluarga di tasik ini pada tahun 2009. Suasana damai dan keindahan semulajadinya menjadikan Tasik Kenyir satu destinasi yang amat sesuai untuk mencari ketenangan jiwa. Tempat para penyajak dan penulis mencari ilham di mana kesedaran yang paling penting diperolehi bukan sahaja dari persekitaran luar yang indah tetapi juga dari dalam jiwa yang tenang

Project -Bases -Learning


Bermula pada 26 Mac 2010, saya telah menyertai kursus PBL di Hotel Seri Malaysia selama 5 hari 4 malam. banyak ilmu dan pengetahuan baru yang telah dipelajari..insyaallah..jika berkesempatan, PBL akan diaplikasikan di sekolah selepas Unit Plan selesai.